Pages

Wednesday, 29 June 2011

Nikon 70-300mm f/4.5-5.6G Nikkor AF-S VR Zoom-Nikkor IF-ED

Mari kita tengok hasil gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon D7000 bersama dengan lensa telephoto zoom Nikon 70-300.

Kelebihan telephoto zoom ni adalah ia membolehkan kita ambil gambar objek yang berada jauh daripada kita yang mana ada halangan untuk kita menghampiri objek yang mahu kita rakamkan.

Contohnya seperti bila kita mahu rakam gambar binatang di hutan atau di zoo dan kita mahukan gambar haiwan tersebut berada dekat atau memenuhi kerangka gambar kita. Lagipun dengan berada jauh daripada objek ia tidak menggangu haiwan tersebut.

Selain daripada itu, lensa jenis itu amat sesuai untuk merakamkan gambar potrait di mana kita dapat mengkaburkan objek yang tidak menjadi fokus utama kita.


Dalam sesetengah keadaan lensa ini baik untuk merakamkan gambar pemandangan yang memberi tumpuan pada tona perubahan warna seperti pemandangan gunung ganang yang berada jauh.

Secara keseluruhannya saya puas hati dengan keupayaan lensa yang saya pakai ini, hasil gambarnya baik, dan  saya sukakan warna yang dihasilkan. Cuma ia agak berat dan bersaiz besar sedikit, kalau bawa berjalan dengan galas pada bahu agak terasa beratnya.









Monday, 27 June 2011

Man Lawyer Bertunang

Salah satu jenis photography yang paling saya tak gemar adalah photography yang ada kena mengena dengan perkahwinan atau seumpama dengannya. Tapi hari ini kawan bertunang dan nampaknya dia tak ada bawa apa-apa kamera melainkan kamera telefon. Jadi saya ambil kamera saya dan berkhidmat ala kadar untuk kawan saya ni buat kenang-kenangnya suatu masa nanti.















Sunday, 26 June 2011

Haji Hadi









Lim Kit Siang

Bukit Melawati - Kuala Selangor

Bukit Melawati merupakan satu tapak sejarah di Kuala Selangor. kalau ada masa eloklah pergi melawat bersama anak-anak ke sana terutamanya pada hujung minggu. Anda boleh menaiki perkhidmatan trem dengan bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bagi naik ke atas.
Trem kenderaan yang hanya beroperasi pada hujung minggu


Pemandu Trem


Penghuni Bukit Melawati setia menunggu kehadiran anda

Bangunan tempat meneropong anak bulan di kemuncak bukit

Kalau ada tenaga turun dengan berjalan kaki setelah naik ke puncak bukit dengan Trem.

Apa saja boleh dijadikan mainan.

Kubur di raja

Pergi awal dan solat asar di masjid yang berada betul-betul di  sebelah  bukit tersebut. Anda boleh letakkan kereta di depan masjid, masuk solat dan seterusnya berjalan kaki membeli tiket trem

Mengharapkan simpati makanan dari para pengunjung

Barang-barang souvenir ada di jual.

Thursday, 23 June 2011

Janda Baik

Pemandangan indah waktu pagi di kawasan perkampungan Janda Baik

Ladybird
Chalet Teratak Malaya di Janda baik
Dewan di Teratak Malaya

Tuesday, 21 June 2011

Tuan Guru Nik Aziz