Pages

Thursday, 28 July 2011

Gotong-Royong

Keakraban masyarakat boleh dilihat daripada kekerapan mereka mengadakan aktiviti bersama secara beramai-ramai. Kita panggil aktiviti tersebut sebagai gotong-royong. Budaya kampung dahulu amat kerap menjalankan aktiviti secara gotong-royong ini.


Dahulu, orang kampung akan sama-sama mengusahakan sawah padi mereka.Bendang masing-masing akan dikerjakan beramai-ramai dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah keseluruhan bendang orang kampun siap.

Penduduk meminjamkan lorinya sendiri untuk ankat sampah
Kenduri-kendara juga dijalankan segala bergotong-royong. Kalau ada rumah yang mahu mengadakan majlis kahwin, semua urusan dari memasang balai, memasak, menghidang, membasuh dan mengemas akan dilakukan oleh orang kampung secara beramai-ramai.

Sampah yang dikumpulkan dari semak sebelah taman. masih banyak lagi terbuang di dalam belukar itu. Ia memang perbuatan penduduk yang lansung tidak ada perasaan belas dan hormat pada orang ramai.
Banyak lagi urusan masyarakat dilakukan secara gotong ramai termasuklah membuat rumah, membina masjid atau surau, membersihkan kampung, mengawal kampung, dan banyak lagi Jadi tidak hairan pada masa lalu setiap penduduk mengenali antara satu sama lain 100%. Jika ada orang luat lalu kampung semua orang tahu yang dia dari luar.

Tinggal hanya beberapa orang yang masih setia mengangkat sampah untuk dibuang
Kini dengan suasana penempatan yang kita namakan taman hanya indah pada namanya saja sedangkan penduduknya saling tidak kenal mengenali. Kalau buat kenduri secara gotong royong alamat tak ada lauk yang dapat dimasak. Kita jaga diri nafsu-nafsi.

Seperti biasa, penduduk Malaysia memang kurang ajar
lagi biadab dalam hal membuat kekotoran
Begitulah suasana baru-baru ini ketika Taman Puchong Intan mengadakan aktiviti gotong royong mereka, tidak sampai 10% penduduk yang sudi menyertainya sedangkan ia adalah untuk kebaikan semua penduduk.

Bukan sahaja tiada kerjasama baik dari seluruh penduduk malah kontraktor majlis perbandaran subang jaya juga turut kencing apabila menjanjikan sebanyak 4 buah lori tetapi hanya 2 sahaja yang datang.

Walau apapun banyak juga sampah dan kekotoran yang berjaya dibersihkan. Dan mereka yang hadir dari kalangan pelbagai bangsa memang boleh dibanggakan.

Sukaneka Sekolah Rendah

Baru-baru ini sempat menyaksikan hari sukaneka di sekolah rendah kebangsaan Puchong Indah. Melihat aksi kanak-kanak memang menyeronokkan. Ada berbagai gelagat yang melucukan secara spontan sepanjang acara dijalankan.

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana hari sukaneka tersebut diuruskan dari mula sehinggalah tamat. Satu pujian perlu diberikan pada para guru yang bertugas sehingga perjalanannya amat lancar, selesa dan tersusun. Cara pengadilan pula jitu dan menampakkan ketelusan dan kesungguhan.

Setiap acara berjalan dengan rapi tanpa tersekat-sekat dengan masalah. Dari satu acara ke acara yang lain berjalan lancar dari mula sehingga akhir dan acara penerimaan hadiah berjalan serentak sebaik sahaja acara tamat. Saya boleh berikan markah A+ kepada keseluruhan pentadbiran sekolah yang bertanjung jawab menjayakan hari sukaneka itu.

Rasa macam tak muat saja nak masuk dalam guni ni
Saya ada pernah menyaksikan acara sukaneka sama yang dianjurkan oleh PASTI, juga di satu kawasan di Puchong. PASTI adalah dibawah naungan atau pemantauan Pemuda PAS kawasan dan mereka turut sama bertanggung jawab menjayakan sukaneka itu.

Dah la berat kena lompat pula !!
Apa yang boleh saya katakan adalah mereka perlu belajar daripada sekolah kerajaan bagaimana mahu menguruskan sesuatu sukaneka untuk kanak-kanak dengan cara yang baik. Acara sukaneka anjuran Pasti yang saya saksikan amat mengecewakan dan boleh diberikan markah C-.

Kesungguhan pengadil menetukan botol mana yang paling banyak di isi air bagi menentukan pemenang

Acara pemberian hadiah berjalan serentak. Setiap kali tamat acara para pemenang  akan terus beratur menerima hadiah.

Tuesday, 26 July 2011

Masjid Lama Kubang Semang

Bumbung zink memburukkan rupa masjid asal yang masih kukuh

Saya dibesarkan di qariah masjid Kubang Semang di mana pendedahan kepada ilmu agama bermula di Masjid Lama kampung itu.

Banyak kenangan sewaktu kecil yang terpahat dalam ingatan muncul kembali apabila terlihat bangunan lama masjid Kubang Semang.

Masuk umur saya tujuh tahun saya dihantar oleh ayah belajar mengaji quran dengan imam masjid Kubang Semang, Tuan Haji Mahmud atau yang biasa kami panggil Pak Ndak Mud.

Pintu masuk ke ruang solat yang masih kekal  cantik

Pengajian dijalankan di dalam masjid lama Kubang Semang setiap hari pada waktu pagi seawal pukul 7 dan pada waktu petang dalam pukul 2 selepas zohor.

Kelebihan Pak Ndak Mud ini ialah dia mengajar kanak-kanak mengaji tanpa mengenakan apa-apa bayaran pun, segalanya percuma.

Cuma kadang kala para ibu bapa atau penjaga kanak-kanak akan bersedekah sedikit  kepada Pak Ndak Mud jika ada wang lebih.

Kalau tak bagipun dia tak akan minta, namun tetap mengajar semua anak muridnya dengan bersungguh-sungguh.

Selepas itu Tuan Haji Mohamad Yatim atau yang kita biasa panggil Pak Su Mat Yatim (sudah meninggal, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya), mengasaskan sekolah agama atau kita panggil Sekolah Arab yang juga di adakan di sebelah Masjid Lama dalam satu bangunan kayu.

Pintu masuk ke ruang solat bahagian depan.
Kami yang mengaji al-quran di masjid tersebut turut sama belajar asas-asas agama di sekolah arab yang baru dibina. Banyak pendedahan ilmu agama asas dapat ditimba dari sana.

Ketika itu seingat saya masjid baru Kubang Semang yang ada sekarang sedang dalam pembinaan bagi menggantikan Masjid Lama yang sudah tidak muat dengan pertambahan jumlah penduduk di Kubang Semang. Masjid Baru yang dibina berasaskan batu bagi menggantikan masjid lama yang berasaskan kayu.

Pemandangan ruang solat dari belakang terus ke mihrab masjid. Dulu
terdapat mimbar dari kayu di sebelah kanan mihrab.
Pulang beraya baru-baru ini, saya terdetik untuk menjenguk keadaan Masjid Lama Kubang Semang bagi mengimbau kembali nostalgia lama ketika waktu kecil dulu.

Keadaan dalam masjid masih bersih walupun dipenuhi oleh perabut sekolah agama yang sedang dalam proses pembesaran.

Cuma banyak perubahan yang telah berlaku terhadap struktur luar binaan Masjid lama itu.

Dinding mihrab masjid dihiasi cermin kaca lama.
Di pintu masuk dari depan Masjid Lama sebelum ini ada Balai Lintang di sebelah kiri dan terdapat sebuah kolah mengambil wuduk di sebelah kanan manakala pada atas pintu masuk masjid ada sekeping papan terpahat tarikh masjid di bina pada tahun 1873.

Kini semua yang tersebut di atas sudah tiada lagi dan saya tak tahu siapa yang memusnahkannya tanpa memikirkan nilai sejarah yang terdapat pada binaan Masjid ini.

Lantai simen yang ada kini juga merupakan tambahan atau gantian dari lantai lama. Lantai baru ini menutup kaki tiang-tiang masjid yang mempunyai ukiran pada bahagian bawahnya.

Bahagian depan ruang solat dari pandangan sisi
Ketika ini sebuah bangunan batu sedang dalam binaan untuk memajukan sekolah agama yang sedia ada di situ.

Sengaja saya tak ambil rupa masjid dari pandangan luar di sebelah tapak binaan sedang dijalankan agar tidak mencacatkan pemandangan masjid ini.

Kalau saya ambil dari tapak binaan mungkin ada para pencinta sejarah yang akan marah (Itupun jika ada pencinta sejarah di Kubang Semang)

Di sini terletaknya mimbar kayu satu ketika dulu
Memang kemajuan tidak patut di sekat, tetapi pembangunan yang tidak memberikan perhatian kepada unsur-unsur sejarah terutamanya dari segi binaan adalah sesuatu yang amat dikesali. Sudah tentu Masjid Lama Kubang Semang menyimpan satu kazanah sejarah yang amat bernilai kepada jenarasi yang akan datang.

Kita sepatutnya menukarkannya menjadi pusat aktiviti serta galeri bagi menyimpan catatan serta bahan-bahan lama yang menceritakan sejarah terbinanya Masjid dan juga Kampung Kubang Semang tersebut.

Bagaimana negeri Melaka menguruskan segala usaha mengekalkan semua Masjidnya yang bersejarah perlu dipelajari agar dapat dituruti di Pulau Pinang ini.

Mungkin satu dana boleh dimohon kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi usaha membaik pulih Masjid Lama Kubang Semang kepada bentuk asalnya sementara masih terdapat orang-orang tua yang masih hidup yang boleh menceritakan sejarah lama Masjid itu.

Tiang utama yang amat kukuh serta alang masjid yang berukir.
Secara keseluruhannya Masjid Lama Kubang Semang perlukan perhatian semua pihak bagi membaiki dan mengekalkannya kepada bentuk asal walaupun semua kayu asas binaan Masjid masih kukuh dan tegak berdiri, tetapi struktur lain seperti bumbung, tingkap serta dinding memerlukan pembaikian semula.

Selain dari bumbung zink, semua struktur kayu masih kekal indah
dan kukuh
Jika tiada satu usaha bagi memelihara Masjid Lama Kubang Semang, nescaya ia akan lenyap satu hari nanti dan berkuburlah segala sejarah dan kenangannya bersama dengan para jenazah yang saban hari memenuhi ruang kubur di sebelah masjid tersebut.

Friday, 22 July 2011

Surau Puchong Intan - Singgahlah, Dah Ada Aircond !

Jika anda datang dari Putrajaya menuju ke Subang Jaya dengan melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan mahu menunaikan solat, anda boleh singgah ke Surau Taman Puchong Intan yang terletak betul-betul bersebelahan dengan LDP.

Selepas membayar tol pada permulaan LDP anda terus ke depan sehinggalah melintas laluan keluar ke Puchong Perdana. Di situ anda akan malalui fly-over yang membolehkan anda nampak bangunan Tractors (CAT) di sebelah kanan LDP.

Pastikan anda rapat ke kiri jalan dan perlahan kereta jika mahu masuk ke Taman Puchong Intan. Sebaik sahaja menuruni Fly-over tersebut dalam jarak 100me akan kelihatan lorong masuk di sebelah kiri anda. Masuk ke lorong itu dan anda akan temui Surau di sebelah kanan jalan.

Baru-baru ini satu gotong royong mengecat surau telah dijalankan oleh para jemaah surau. Surau baru mendapatkan peruntukan sebanyak RM9,000 bagi membaik pulih keadaan surau yang terlalu tertutup dan panas. Sebanyak 2 hawa pendingin berkuasa 2.5HP telah dipasang untuk kesel;esaan orang ramai bersolat.

Pada bulan ramadan surau sentiasa penuh ketika solat tarawikh dan ini menambahkan lagi kepanasan akibat laluan udara yang terperangkap. Moga bula ramada tahun ini para jemaah akan berasa lebih selesa.

Dengan pemasangan aircond juga diharapkan lebih ramai para jemaah akan hadir solat disurau terutamanya pada malam hari. Ramai orang Islam yang tinggal di Taman Puchong Intan tetapi yang hadir berjemaah terlalu sedikit, mungkin surau tak berapa elok sebelum ini membuatkan mereka lebih selesa solat di Masjid atau di rumah.

Thursday, 21 July 2011

Gaya Batik




Gaya Photographer - Tanjung Harapan

Wednesday, 20 July 2011

Qimi Chalet - Pulau Kapas

Lantai jeti Pulau Kapas
Saya berpeluang singgah ke Pulau Kapas ketika mengikuti pelayaran bersama kapal perikanan laut dalam hujung tahun lalu. Pulau Kapas merupakan persinggahan terakhir kami sebelum menamatkan pelayaran dan naik ke darat.

Pulau Kapas memang benar-benar pulau untuk relaks dan melarikan diri dari suasana bandar. Tak ada perkampungan di Pulau Kapas. Hanya terdapat chalet-chalet untuk di sewa yang diusahakan oleh beberapa usahawan.

Jeti
Kebetulan Kapten Kapal kenal salah seorang pengusaha chalet di situ maka kami singgah minum di chalet tersebut yang merupakan salah satu chalet yang amat terkenal di kalangan pelancong luar negara. Nama chalet itu ialah Chalet Qimi.

Tiba ke jeti
Semua pelancong yang datang ke Chalet Qimi membuat tempahan secara on-line dan ia merupakan persinggahan yang disyorkan oleh banyak majalah kembara dan pelancongan termasuklah majalah "Lonely Planet".

Ada terdapat beberapa chalet di situ yang kesemuanya mempunyai rupa bentuk yang unik. Tempahan boleh dibuat secara on-line bermula daripada RM80 satu malam. Makanan di chalet itu merupakan salah satu sebab ia menjadi pilihan para pelancong. Untuk maklumat anda boleh menelefon 019-6481714 atau email ke qimichalet@yahoo.com

Pengusaha chalet Qimi membuka perniagaannya pada tahun lewat 90-an. Dia sebelum itu menjalankan perniagaan logistik di KL. Pada tahun gawat 1997 dia menjual semua perniagaannya dan baki-baki aset apa yang ada untuk pulang ke Terengganu dengan membeli sebidang tanah di Pulau Kapas lalu membina pusat chalet Qimi. Dia telah menghabiskan RM1.5 juta untuk memulakan perniagaan tersebut.

Pantai
Kini nampaknya pelaburannya berbaloi dan dia selesa dengan kehidupannya tersebut. Dia berulang alik ke Kuala Terengganu untuk menghantar anaknya seramai 2 orang ke International school di sana. Kos semester untuk seorang bernilai RM15,000. Bayangkan betapa dia mampu menyara kos tersebut. Ini menunjukkan perniagaannya ok.

Cuma satu saja masalah apabila anda berada di Pulau kapas...nyamuk cukup banyak terutamanya nyamuk jenis besar-besar dan manja menghisap darah anda. Pastikan anda membawa ubat penghalau nyamuk untuk di sapu dikulit anda jika ke sana.

Untuk ke Pulau Kapas anda boleh bertolak ke Terengganu dan naik bot di Jeti Marang menuju ke Pulau Kapas.












Tuesday, 19 July 2011

Gaya Photographer - Hari Sukaneka Sekolah Kebangsaan Puchong Indah

Di mana-mana saja anda berjalan tentu anda akan temui seorang atau dua yang sedang membawa kamera hitam DSLR. kalau ditambah dengan kamera kompak jumlahnya menjadi bertambah ramai. Kadangkala di pasar bel;i ikan juga akan ada orang yang membawa DSLR mengambil atau merakam gambar-gamabar suasana di pasar.

Kamera DSLR dah menjadi fenomena sekarang ini, mereka yang membawa kamera kopak dah menjadi perkara yang lumrah dan biasa saja dan kini ramai yang membawa benda hitam berat sambil menggantungnya dileher mereka di mana-mana saja ada peristiwa atau keraian.

Mari kita rakamkan gaya-gaya para jurukamera yang bertambah jumlahnya dijalanan kini. Sebagai permulaan ini satu rakaman yang diambil di Sekolah rendah Puchong Indah pada hari sukaneka. Gaya seorang ayah yang hadir merakamkan gambar anaknya yang menyertai sukaneka.