Pages

Tuesday, 27 March 2012

Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam

Stowell School Bukit mertajam. Logonya masih sama
macam dulu jugak.
Aku mula belajar di sebuah Tadika yang diadakan di Balai Raya berhampiran Sekolah Menengah Penanti. Masa tu balai raya tersebut didiami oleh Pak Nge (tak tau nak eja sebutan ni, biasanya orang nama Ismail kita panggil dengan nama ni) yang merupakan pakar buat wau bulan berdengung.

Nama saja sekolah tadika, tapi aku tak ingat berapa hari aku pi sekolah tersebut. Selepas tu aku cabut lari dan tak mahu meneruskan sekolah kat situ sebab tak seronok. Pak Cik Dali yang hantar aku bersama dengan anaknya yang aku panggil Lin ke Tadika tersebut.


Hari mula saja aku ikut Pak Dali dan anaknya Lin masuk sekolah itu. Keesokkan harinya masa berjalan  pergi tadika dengan mereka, sampai di kebun getah menuju ke Balai Raya tu, aku suruh mereka jalan dulu dan aku ikut di belakang.

Pokok angsana ini masih lagi berdiri gagah, ia dah wujud sejak
 aku sekolah rendah dulu lagi dan masa tu dah besar tinggipun
Sebaik saja mereka leka aku terus menyorok belakang pokok getah. Pak Dali baik orangnya, dia pangil aku dua tiga kali dan aku buat diam saja, dia meneruskan perjalanan tanpa aku. Aku selamat dari bencana masuk pergi Tadika hari tu dan begitulah seterusnya sampai keluarga aku putus asa.

Masuk umur aku tujuh tahun aku terpaksa masuk sekolah rendah pulak. Bapak aku mungkin punya visi jauh, semua anak-anak dia dihantar masuk sekolah orang putih, Sekolah Stowell. Termasuklah aku dia hantar ke sana jugak. Masa itu abang aku dah darjah 3, jadi semua urusan hari pertama aku dilepaskan pada abang aku.

Ini bangunan kelas aku dulu. Dihujung sana bangunan kecil itu adalah kantin
sekolah masa itu. Sekarang aku tak dah jadi apa, tak nampak macam kantinpun
Begitulah caranya ayah aku melatih aku menjadi hero. Hari pertamapun dia dah lepas aku berdikari sebab tak mungkin abang aku yang baru darjah tiga tu akan mampu bimbing aku dengan baik ke sekolah nanti. Jarak antara rumah aku ke Sekolah Stowell, Bukit Mertajam dalam lingkungan 8 km dan kami kena pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

Bukan bas sekolah tapi bas penumpang biasa yang mana ayah aku telah belikan pas untuk perjalanan sebulan. Kalau tak silap aku harganya pada masa tu hanya RM3.60 saja.

Padang masih sama macam dulu, cuma rasa macam kecil sedikit. masa sekolah
dulu aku rasa macam nak mati kena lari 10 pusingan keliling padang.
Pada hari pertama aku ke sekolah aku cipta sejarah apabila terberak dalam seluar. Aku tak boleh tahan sakit perut sebab terlalu gementar dan tak tahu mana nak cari tandas. Jadi aku duduk diam atas akar pokok angsana dan berak. Selepas dah berak dalam seluar baru abang aku datang cari aku yang sedang diam tak bergerak.

Aku kena marah dengan abang aku sebab tak pergi berak dalam tandas. Aku lalu bertanya mana dia tandas, baru dia tunjukkan tak berapa jauh daripada aku. Aku mengengkang pergi ke tandas dan masuk untuk membuka seluar. Aku basuh berak, basuh seluar aku dan stokin yang terkena taik dan tunggu dalam tandas.

Nasib baik sekolah stowell masa tu ada menyediakan seluar pendek khas untuk murid yang yang terberak dalam seluar macam aku. Jadi aku rasa tak berapa malu sangat. kalau sekolah ada menyediakan seluar tentu dah ada ramai yang alami peristiwa yang sama, jadi aku bukan keseorangan. 

Cuma malangnya seluar tu warnanya biru pelik yang berbeza daripada warna seluar sekolah. Bila aku pakai masuk kelas dan balik rumah semua orang pandang pada aku dan senyum-senyum, mereka semua tahu aku berak dalam seluar hehehe.

Baru-baru ini aku sempat pergi ziarah sekolah stowell. Dah terlalu lama aku tak pernah masuk ke situ. Selepas aku tamat sekolah rendah dan masuk sekolah menengah kat sekolah menengah penanti, aku tak pernah lagi pergi ke sana, bayangkan aku masuk sekolah menengah pada tahun 1981. Aku tak mahu sambung ke sekolah tinggi bukit mertajam sebab malas lagi nak pergi sekolah naik bas.

Bangunan tempat aku belajar semasa di darjah enam masih ada lagi dan tiada perubahan, tetapi banyak bangunan lain dah hilang. Padang tempat aku main bola wakil sekolah juga masih ada, hijau dan terasa kembali siksaan berlatih di bawah jurulatih sekolah aku masa tu, Cikgu Arumugam.

Kami berlatih macam masuk askar, main bola hanya sebentar tapi lebih banyak buat latihan fizikal. Semua pemain sekolah masa tu amat fit dengan latihan yang diberikan oleh beliau. Sebab itu setiap perlawanan antara sekolah kami belasah semua sekolah lain tak kurang dari 5 gol.

Kebanyakannya akan kena antara 8 ke 12 gol dari kami sampai gurubesar nasihat jangan belasah orang teruk-teruk sangat nanti mereka tak mahu masuk pertandingan lagi. Itulah antara nostalgia yang kembali mengusik jiwa aku ketika berada id sana tempoh hari.

Pak Guard kata hari itu saja aku orang yang ke-5 minta kebenaran nak masuk tengok sekolah. Maknanya ada ramai lagi samada senior atu junior aku yang pergi hari itu untuk mengimbas kembali kenangan lama. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain....

Sunday, 25 March 2012

Makan cendol BM lagi...

Cuti sekolah bawa family balik kampung. Macam biasa bila balik kampung kalau tak singgah kat Bukit Mertajam untuk pekena cendol BM memang tak sah.


Semua dah macam ketagih untuk menikmati cendol paling sedap di nusantara itu (bagi akulah). Aku hidangkan gambar close-up semangkuk cendol BM bagi mengembalikan nostalgia pada mereka yang pernah membesar di Bukit mertajam.

Saturday, 24 March 2012

Tangkap gambar pemandangan dengan adjust WB

Minggu lepas aku dengan keluarga sempat bermalam di Bukit Fraser, Pahang. Kami pergi hari selasa petang. Sampai atas bukit tu hari dah nak malam dan suhu masa tu amat sejuk sampai 14 darjah celcius.

Sebaik saja sampai hujan gerimis turun dan seluruh kawasan bukit dilanda kabus sehingga menghalang pemandangan. Anak-anak aku seronok sungguh bila keluar dari kereta dan merasai suasana sejuk gedik yang tak pernah mereka rasai.

Aku pergi cari sebuah apartmen untuk bermalam. Kebetulan masa tu hari bekerja dan tak ramai orang naik Fraser Hill jadi aku boleh pilih apartmen yang paling sempoi. Receptionist bagi aku satu bilik yang boleh lihat pemandangan bukit bakau yang indah pada balkoninya. Dia kata kalau hari penuh, orang berebut nak dapatkan bilik tu.


Jadi kami sekeluarga pi masuk apartmen tu dan memang sungguh kata receptionist tu, pemandangan memang indah tapi malangnya kabus menghalang pemandangan lebih terperinci.

Pagi esoknya aku bangun subuh dan terus tinggu kat balkoni nak tengok pemandangan waktu pagi. Time tu kabus dah tak ada dan aku boleh tengok seluruh kawasan pergunungan di depan mata aku tu. Apa lagi aku terus tangkap gambar berklik-klik.

Aku main sikit dengan White Balance, letakkan button pada cahaya incandesent untuk kasi nampak biru. aku terus ambil gambar yang selalu aku idamkan. Gambar bukit bakau berubah warnanya memperlihatkan perubahan berbagai tonnage.

Nikmati pemandangan yang aku rakamkan. Ia lebih kepada gambar seni warna daripada gambar pemandangan. Aku harap semua suka. Aku paparkan dua jenis gambar satu dari sudut mendatar dan satu lagi dari sudut menegak. Mana satu agaknya yang lebih menarik.

Tuesday, 20 March 2012

Penuhkan frame - Petua untuk gambar yang menarik

Aku ada lampirkan sebelum ini di bawah, gambar kanak-kanak yang aku ambil agak jauh sikit. Walaupun gambar tersebut nampak dah memenuhi frame gambar namun agak susah untuk aku meletakkan salah satu daripada mata kanak-kanak itu pada salah satu dari titik persilangan dua garis melintang dan dua garis menegak bagi memenuhi rule of third.


Walau bagaimanapun gambar tersebut aku rasa macam dah ok dan memberikan impak yang agak menarik dan masih memaparkan kecomelan gambar kanak-kanak yang aku ambil.

Kali ini aku zoom in lagi kamera dan penuhkan lagi wajah kanak-kanak comel itu pada keseluruhan frame gambar dan meletakkan mata kanan pada salah satu dari persilangan yang aku ceritakan di atas. Ternyata sebaik saja kita menatap gambar itu mata kita terus akan memberikan fokus pada mata kanak-kanak itu. Betul tak....?

Aku tak pasti gambar mana yang lebih menarik samada yang ni atu yang sebelum ini...

Monday, 19 March 2012

Petua tangkap gambar dari Scott Kelby

Aku selalu pegang kata-kata Scott Kelby dalam buku tulisannya tentang kalau kita pi jalan-jalan apa benda yang perlu kita tangkap.

Tak kiralah ke mana kita pergi samada pi market atau pi pantai atau pi kebun sayur atau pi melawat bandar Hilir Melaka, tentu ada banyak benda yang boleh kita tangkap.

Sudah tentu antara benda yang boleh kita tangkap adalah pemandangan tempat yang kita lawat tersebut samada cantik atau buruk.


Gambar pemandangan atau tempat yang kita lawat kalau tidak ditambah dengan objek hidup kekadang nampak macam tak best, jadi apa jenis orang yang nak kena masukkan dalam gambar kita.

Kata Scott Kelby ada 2 jenis orang yang menjadi favourite gurugambar perjalanan mereka ada lah gambar orang tua tak larat dan gambar budak-budak. Alasannya adalah dua kumpulan tersebut kalau kita kejar mesti dapat tangkap...hehehe

Jadi kat sini aku paparkan gambar budak yang aku berjaya tangkap dengan senang sebab dia masih tak reti berjalan lagi, baru belajar mengesot macam askar kombat atau rambo menyusup bawah pagar. Namanya Aisyah...

Saturday, 17 March 2012

Kekalkan hubungan dengan melihat pada keindahan

Orang ramai naik bot menuju ke Pulau Gaya
Puas sudah aku pujuk diri aku sendiri untuk melihat segala kebaikan yang ada pada awek pertama aku Ricoh GX200.


Bot pergi dan balik tak berhenti dari KK ke Pulau Gaya
Aku cuba sedaya upaya melupakan semua perkara yang tidak termampu diberikan oleh awek ricoh aku tu namun banyak kali gagal. Terlalu banyak dugaan yang melintasi aku yang membuatkan aku kembali tawar pada awek ricoh.

Aku dan kekawan chartered bot ke sana
Aku baca dan baca segala majalah yang ada agar aku temui semula kelebihan yang ada pada awek ricoh aku dan akhirnya dengan segala usaha itu,  memang aku berjaya menemuinya. Apa yang perlu aku buat adalah memberikan fokus pada apa yang termampu diberikan oleh awek aku tu.

Mat Pulau Gaya ni tumpang bawa barang niaganya dengan bot kami
Bukan semua gambar perlu ada kesan bokeh dan bukan semua gambar perlu sharp seperti jarum. Dan selain dari itu awek ricoh aku mampu hasilkannya.

Sampai saja kami terus ke Surau terapong di sana
Kenapa aku masih nak mengorat awek baru? kenapa aku masih nak melihat apa yang awek aku tak ada? aku akhirnya nekad untuk menyingkap segala kelebihan yang ada awek aku dan melupakan apa yang dia tidak ada. 

Berhati-hati jalan atas titi
Keindahan atau keburukan hanya mainan minda semuanya hanya terawang di dalam kepala. Bukankah aku sudah melafazkan akad memiliki awek aku tempoh hari dan berjanji menggunakannya sebaik mungkin dan menerimanya seadanya.

anak-anak pulau gaya
Aku berazam meneroka dan mempergunakan segala kelebihan yang ada pada awek aku itu. Lagipun keputusan ada di tangan aku. Aku boleh dan lebih mudah mengubah diri aku, mengapa aku mahu mengubah awek aku.

Mengintip kedatangan kami
Dengan azam tersebut aku mula mengembara dengan membawa awek aku ke merata tempat. Aku gunakan dia untuk merakam segala keindahan yang aku saksikan. Selalu bersama membuatkan aku semakin menghargai awek aku.

Mengintip kehadiran kami
Dalam perjalanan aku ke Sabah aku meneroka Kampung Terapung di Pulau Gaya bersama awek aku. Hasilnya ternyata sungguh indah.

awek kecil pulau gaya
Boleh tahan jugak awek aku tu. Ramai yang cemburu dengan awek aku sebab mereka lansung tak ada kamera. Ternyata aku lebih bernasib baik daripada mereka.

suasana pulau gaya
Orang kata untuk menghasilkan gambar yang baik kita perlu mampu melihat. Memang aku dah boleh melihat dengan mata aku tetapi aku juga perlu meyelami bagaimana awek aku melihat lensa awek aku tak sama dengan anak mata aku.

panjat atas bumbung untuk terjun?
Aku perlu mempunyai imaginasi bagaimana hasil rakaman daripada lensa aku agar rakaman aku mampu dinikmati oleh orang lain nanti.

Dari pembacaan manusia melihat gambar biasanya bermula dari sebelah kanan dan objek yang lebih menonjol akan mudah ditangkap oleh mata kita jika posisinya berada di salah satu dari empat posisi persilangan  2 garis menegak dan 2 garis melintang. Orang putih panggil rule of third.

Kalau mereka yang biasa mendalami falsafah ambil gambar tentu faham benda ini. Jadi aku cuba sedaya upaya merealisasikannya.

Jom kita layan apa yang aku rakam guna awek aku di pulau gaya Sabah...

Saturday, 10 March 2012

Indah hanya sebelum dimiliki...!

'Bokeh', perkataan yang menghancurkan hubungan aku dengan awek pertama
Lumrah manusia apabila mahukan sesuatu dia akan jadi angau, segala yang dilihatnya indah belaka. Benda yang diingininya kelihatan tiada cacat celanya. Siang dan malam itulah saja yang diimpikannya. Sebaik saja yang diidamkannya berada ditangan, segala yang indah mula terpadam satu persatu.

Gambar hasil dari Ricoh GX200 yang tak cantik bokehnya
Perkara buruk mula muncul menggantikan yang indah satu demi satu sehinggalah datangnya suatu ketika di mana semua yang dilihat hanyalah keburukan semata tiada lansung keindahan. Pada saat itu segala rasa sesal mula muncul. Terasalah diri amat celaka kerana tersilap membuat pilihan lalu mula mencari jalan keluar dari ikatan.

Ini salah satu dari cubaan aku nak hasilkan bokeh tapi hampa...
Apa yang aku ceritakan di atas menerangkan ayat yang amat terkenal yang sering tersemat dalam dada aku, "indah hanya sebelum dimiliki...". Samada aku suka atau tidak, aku sentiasa diperbodohkan oleh nafsu serta perasaan tersebut dari kecil hinggalah ke tua. Tahu, tapi susah untuk melawan.

Gambar hasil Ricoh GX200 di Bagan Lalang
Dalam kes awek Ricoh GX200 aku, perkara yang sama berlaku. Setelah dia aku miliki dan puas aku main di sana sini, hijab keburukan mula diangkat dan banyak benda yang aku tak suka mula muncul. Akal aku seolah-olah tertutup dari melihat segala kelebihan yang ada padanya sebelum ini. Puas aku pujuk hati aku, untuk fokus pada kelebihan yang ada pada awek pertama aku itu, tapi sekejap saja bayangan buruk mula menjelma semula.

Satu lagi cubaan nak buat bokeh...tak jadipun!
Segalanya bermula apabila aku menemui satu perkataan yang pelik daripada pembacaan aku di majalah kamera. "Bokeh" menjadi satu perkataan baru muncul dalam perbendaharaan kata aku. Aku hairan kenapa ramai orang cakap tentang perkataan itu. Ada yang sampai menjadi gila dirasuk oleh perkataan itu. Aku mula mencari apa maknannya.

Guna Ricoh GX200
Rupanya 'bokeh' adalah satu perkataan dari bahasa Jepun yang bermakna 'out-of-focus area'. Dalam gambar yang kita ambil, biasanya ada satu titik atau pusat fokus yang mana gambar paling sharp, jelas dan tidak kabur. Kalau kita ambil gambar potret orang, hanya orang itu sahaja yang amat jelas serta tajam dan imej lain yang berada dibelakang atau depan menjadi kabur.

Ada juga bokeh sikit melalui mode 'macro' dengan kamera Ricoh GX200
Ini penting untuk memberikan fokus pada mata yang menatap sesuatu gambar agar terus fokus pada imej yang mahu kita rakamkan. Kalau semua gambar nampak jelas maka akan ada terlalu banyak perkara yang mengganggu mata menikmati keindahan gambar tersebut selain daripada muka orang yang mahu kita rakamkan.

Ni pun nak cuba buat bokeh...
Bokeh pula ada bermacam-macam. Berbagai jenis kabur terjadi bergantung pada jenis lensa yang kita pakai dan yang paling digemari orang adalah bokeh yang halus seperti krim dan ini biasanya terdapat pada lensa berkualiti tinggi seperti daripada jenama  Leica.

Mode macro dengan ricoh
Sejak mengenali istilah itu aku sering kelebek awek aku dan cuba merakamkan suasana bokeh tapi haram tak dapat. Berbagai macam cara aku buat namun masih tak dapat. Menurut pembacaan aku kalau nak buat bokeh kena letak bacaan shutter paling kecil yang termampu dibuat oleh kamera. Dalam kes awek aku tu bacaan yang terkecil adalah f2.5.

Nak buat bokeh konon...
Sepatutnya bacaan tu dah cukup kecil untuk menghasilkan bokeh tapi malangnya kalau letak pada f2.5 dan klik, gambar yang terhasil semuanya jelas dan tiada kawasan kabur. Aku semakin pelik dan tiada jawapannya. Aku mula cemburu tengok gambar orang lain tangkap yang ada bokeh dan aku mula angau rindukan keupayaan buat gambar berbokeh.

Ricoh GX200 di Kuala Muda
Cuba punya cuba, awek Ricoh aku tu hanya mampu buat gambar bokeh jika aku rakam gambar 'macro'. Kalau aku rakam gambar secara dekat menggunakan mode macro barulah objek yang aku tangkap akan jelas dan selainnya jadi blur. Tapi aku nak keupayaan itu boleh dibuat pada gambar potret atau gambar yang ditangkap dari jauh.

Ricoh GX200 ketika pilihanraya kecil di Galas
Akhirnya baru aku tahu rekaan kamera kompak memang tak mampu buat begitu. Konsep compact camera adalah untuk 'point and shoot' jadi gambar akan menjadi jelas di  semua sudut. Ada satu lagi faktor lain iaitu  faktor 'crop'. Nilai sebenar f2.5 pada kamera aku adalah f5 setelah diganda 2 kali pada setiap kamera kompak.

Camera Highland balik dari Galas, guna Ricoh
Sah aku perlu upgrade kamera. Aku perlu mengorat kamera dari keturunan DSLR untuk mampu buat imej bokeh. Aku dah mula terpikat pada awek baru. Aku intai awek baru aku saban hari dan mengeluh. Aku rimas dan serba salah dengan awek ricoh aku. Perlukah aku berpisah dengannya? apa aku nak buat dengan awek ricoh tu kalau aku ambil awek lain....aku sambung selepas ini.

Layanlah sikit gambar-gambar yang aku tangkap tanpa ada bokeh yang aku dambakan cuma gambar yang paling tas sekali diambil dengan kamera DSLR Nikon D7000 menggunakan lensa 35mm f1.8 yang mempamerkan bokeh yang aku maksudkan...

Thursday, 8 March 2012

Kariah Surau An-Nur makan malam di Arabic Cuisine beramai-ramai

Solat magrib sebelum makan
Semua warga Taman Puchong Intan terutamanya muslim sepatutnya berasa bangga tinggal di penempatan tersebut. Ini disebabkan Taman Puchong Intan mempunyai sebuah surau yang aktif yang dinobatkan sebagai surau bertaraf lima bintang dan menduduki tempat pertama sebagai surau terbaik di bawah naungan Masjid As-Salam.

Pengerusi membuat ucapan

Surau An-Nur yang terletak bersebelahan dengan lebuhraya LDP mudah untuk disinggahi bagi mereka yang datang dari Putrajaya menuju ke Subang Jaya. Surau An-Nur juga amat aktif dalam menganjurkan majlis ilmu dan juga ceramah-ceramah agama sepanjang tahun.

Kaum ibu asyik mendengar tazkirah
Apapun syabas diucapkan kepada kumpulan jawatan kuasa surau terutamanya pengerusi Surau An-Nur yang memang rajin dan amat kuat berusaha mengimarahkan surau. Kerjasama daripada semua ahli jawatan kuasa juga amat memberansangkan.

Tazkirah sebelum makan
Bagi meraikan anugerah yang baru diterima, Surau An-Nur baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam di sebuah restoran Arabic Cuisine di seksyen 19 Shah Alam. Ia dihadiri oleh semua ahli jawatan kuasa serta pegawai surau yang turut sama membawa keseluruhan keluarga masing-masing.

Imam (baju kuning) dan yang lain kusyuk mendengar tazkirah
Meriah sekali majlis tersebut dan merupakan satu peluang bagi semua saling kenal mengenali terutamanya bagi kaum ibu. Bagi sesama ahli surau yang lelaki memang dan sering berjumpa ketika berjemaah di surau tetapi agak sukar bagi kaum ibu yang kebiasannya bersolat di rumah sahaja dengan tugasan rumah tangga.

Kalau majlis seumpama itu dapat dianjurkan selalu tentu ikatan ukhwah sesama warga surau dapat dieratkan dan perhubungan baik antara satu keluarga dengan keluarga yang lain dapat digarap seterusnya terbentuklah suasana harmoni di Taman Puchong Intan dan terasa seperti tinggal di kampung kerana saling kenal mengenali dengan rapat.

Pengerusi asyik mendengar tazkirah

Jom makan

Seronok makan ramai-ramai

Berebut nasi arab
Gossip politik agaknya!












Untuk besarkan gambar sila klik pada gambar.