Semua gambar yang aku rakamkan ini dibuat samada pada waktu petang atau waktu pagi di mana cahaya masa tu tak berapa cukup. Memang sengaja aku mahu tak cukup cahaya supaya aku boleh setting kamera aku perlahan untuk jadikan air macam sutera. Semua sungai atau jeram terletak di sekitar Jeram Gadin di kawasan Kenaboi Negeri Sembilan.
Teramat penting !
Bantuan bagi menaja para pelajar yatim/miskin di: Maahad Habibullah Al-Hafiz, salurkan sumbangan anda di:
Maybank Islamic - 5628 4350 2285 atau Bank Islam - 1216 801000 6393
Moga sedeqah ini melembut dan menyelamatkan jiwa anda, Insyallah!!!. Klik sini
Saturday, 30 June 2012
Friday, 29 June 2012
"Tubing" di jeram
Selain daripada merakit di Kenaboi, kita juga boleh main Tube turun jeram bersama dengan arus yang deras. Main tube ni kalau berseorangan tak berapa seronok. Kita kena main sambung-sambung macam kereta api samada dua, tiga atau maksimum 5 orang. Masing-masing sangkut kaki pada tube kawan dan orang belakang bertindak sebagai pengawal hala tuju yang memberikan arahan manakala kesemua yang lain kena pulun kayuh dengan tangan. Nampak macam senang tapi sebenarnya cukup susah untuk kekalkan pautan.
Merakit di Sg Kongkoi
Satu lagi cabaran bagi mereka yang rindukan aktiviti kampung masa kecil yang terdapat di Kenaboi adalah cabaran membuat dan merakit di sepanjang Sungai Kongkoi. Sementara menunggu nasi dan lauk yang dimasak dalam buluh siap, kita boleh pergi ke Sungai di sebelah untuk mandi dan juga membuat rakit.
Terdapat banyak pokok buluh di sepanjang sungai yang ruasnya besar dan sesuai untuk dijadikan rakit. Pilih buluh yang tua-tua sebanyak lapan batang kerat sepanjang 10 kaki lebih kurang dan campakkan ke dalam air. Setiap buluh itu ditebuk lubang kecil pada hujungnya untuk dijolokkan buluh kecil bagi mengikat kesemua lapan batang buluh itu menjadi rakit. Aktiviti membuat rakit itu dilakukan dalam air sebab lebih mudah untuk kerja penyusunan buluh. Buluh yang terapung di atas air menjadi lebih ringan.
Kerja buat rakit tu tak lama sangat untuk disiapkan tetapi bagi yang tidak biasa bermain buluh terpaksa menanggung rasa miang atau gatal pada tangan dan badan. Kalau nak elakkan rasa gatal, pakai baju berlenggan panjang dan sarung tangan. kalau tidak terpaksalah menahan gatal sekurang-kurangnya 3 hari.
Bila rakit dah siap, semua rasa letih dan gatal akan hilang bila kita dengan tenang menyusuri sungai mengikut arus. Memang best main rakit ni. Tapi masalah rakit adalah kesukaran untuk berpatah balik melawan arus. Kita tak ada pilihan lain melainkan mengangkat bulut ke darat dan tanggung atas bahu untuk berlatah balik....ada berani ka?
Sunday, 24 June 2012
"Mengocaa" di lubuk ikan
Bagi mereka yang membesar di kampung tentu ada pengalaman tangkap ikan dilubuk, sawah atau sungai. Kalau di kampung aku dulu kami biasa tangkap ikan dengan 'menimba' sampai air kering dan kemudiannya mula 'menggagau' untuk menangkap ikan. Aktiviti ni cukup seronok sebab dapat main selut dan tangkap ikan sekali gus. Kadangkala menggerunkan juga bila silap gagau kena ular tudung selar tetapi setakat pengalaman aku masa kecil dulu belum pernah lagi gagau kena ular, setakat tarik keluar belut biasalah.
Di Negeri Sembilan aktiviti yang sama mereka panggil 'mengocaa'. Mungkin dari perkataan kocak yang mana kita keringkan air sungai dengan membuat sekatan sampai air cukup cetek untuk mula menagkap ikan. Bila air cetek, kita kocak-kocak air tu untuk kasi ikan pening sampai letih dan mula timbul supaya mudah kita tangkap.
Baru-baru ini aku sempat merakamkan aktiviti 'mengocaa' atau dalam bahasa kampung aku 'menggagau' ini di Kem Rumah Bukit, Kenaboi. Tempat yang sama kami masak nasi dan ayam dalam batang buluh. Semua ini dalam program yang kami susun khas untuk wartawan yang mahu membuat liputan terhadap aktiviti survival yang ditawarkan di pusat riadah dan santai di sekitar Kenaboi.
Walaupun projek menggagau atau mengocaa ini tak berapa real sangat sebab kita sengaja melepaskan ikan ke dalam lubuk sebelum mula menangkapnya, tetapi keseronokannya sama sahaja dan mampu menimbulkan kembali rasa nostalgia zaman kanak-kanak di kampung. Bagi mereka yang beranak dan membesar di bandar sudah tentu ini merupakan satu pengalaman besar yang tidak pernah mereka rasakan. Kat Bandar cuma ada longkang dan Sungai Klang yang ada tak siapapun yang mahu mengocaa.
Hari itu wartawan juga turut sama terjun ke dalam lumpur menyertai yang lain mengocaa. Memang tak best kalau setakat duduk kat atas melihat saja. Geram bila tengok ikan dengan selamba melompat melintasi badan untuk melepaskan diri dari tertangkap. Nampak dari darat macam senang saja, kalau nak tahu senang atau susah kenalah terjun bergelumang dengan selut.
Saturday, 23 June 2012
Masak nasi dalam buluh
Aku biasa dengar orang cerita bagaimana orang asli tanak nasi dalam buluh sebelum ini tapi aku sendiri tak pernah tengok macam mana mereka buat. Selama ini aku fikir orang asli masukkan beras ke dalam batang buluh, tuang air dan panaskan batang buluh yang ada nasi itu.
Baru-baru ini aku berpeluang rasakan sendiri pengalaman macam mana nak masak nasi dengan menggunakan buluh dan juga masak ayam juga dengan menggunakan buluh. Rupa-rupanya cara masak sebenar berlainan daripada yang aku bayangkan selama ini. Malah ia cukup menarik dan nasi yang di masak begitu, tahan lama serta rasanya sedap.
Nasi yang di masak menggunakan batang buluh prosesnya lebih kurang dengan masak lemang saja cuma tak ada santan. Beras yang dibasuh ala kadar di letakkan di atas daun 'Lerek' lalu dibungkus mengikut kesesuaian saiz batang buluh yang kita gunakan. Ia perlu longgar sedikit sebab bila nasi masak nanti dia akan kembang menjadi macam nasi himpit yang dibalut dengan daun Lerek.
Buluh yang kami gunakan hari itu besar dan setiap ruas boleh dimasukkan sebanyak 4 bungkus beras yang telah dibungkus bersama dengan daun Lerek. Setelah masukkan beras ke dalam buluh, kita perlu masukkan air sehingga memenuhi ruas bulut itu dan diletakkan di tepi api atau bara sebagai mana kita memasak lemang. Tunggulah sehingga 2 jam sebelum nasi masak dan boleh dimakan.
Buluh perlu dipusing-pusingkan agar nasi masak sepenuhnya di dalam buluh hijau itu. Bila masak nanti keseluruhan buluh bertukar menjadi warna coklat. Kita perlu tuangkan air yang masih ada dari dalam batang buluh dan baringkan dia sebentar berdekatan api sehingga semuanya kering. Bila kita nak makan, tunggang saja batang buluh untuk mengeluarkan nasi yang ada di dalamnya.
Hari itu ayam juga kami masak dengan menggunakan batang buluh. Bezanya ayam yang telah diperapkan bersama beberapa ramuan rahsia tradisi orang asli dan orang tak asli terus di masukkan ke dalam ruas tanpa dibalut terlebih dulu dengan daun. Buluh yang digunakan juga lebih kecil. Setelah itu letakkan di tepi api atau bara macam masak lemang juga dan tunggu sehingga semuanya masak. Ia ambil masa lebih daripada satu jam juga. Setelah masak, tuang saja ayam ke dalam bekas untuk dimakan bersama nasi tadi. Ayam yang telah siap masak di dalam buluh itu ada mempunyai kuah sedikit walaupun tidak ada air dimasukkan bersamanya ke dalam buluh tadi.
![]() |
| ambil daun Lerek untuk masak nasi |
![]() |
| Letakkan beras di atas daun lerek dan bungkus macam lepat |
![]() |
| semua nak mencuba |
![]() |
| Masukkan macam ni ke dalam buluh |
![]() |
| Masak nasi dalam buluh |
![]() |
| Selepas tuang air dari dalam buluh keringkan dahulu |
![]() |
| Nasi dan ayam yang telah masak |
![]() |
| Tuang ayam yang telah masak di dalam buluh |
![]() |
| Jom makan....! |
Thursday, 21 June 2012
Pasti An-Nur raikan guru dengan western food
Hari guru dah agak lama berlalu, tapi cerita dan gambar ni masih tetap relevan sebab guru tak sepatutnya hanya diraikan setahun sekali. Jasa guru tak ternilai harganya dan jasa seorang guru perlu dihargai setiap hari. Antara perkara yang aku kagum pada sikap para guru adalah betapa mereka bukan golongan yang rendah diri serta iri hati pada bekas anak murid mereka yang kemudiannya menjadi manusia yang jauh lebih hebat dan berjaya daripada mereka sedangkan mereka tetap dengan diri mereka menjadi seorang guru.
Kebiasannya seorang guru akan berkata dengan rasa puas, "itu bekas anak murid aku..." pada bekas anak muridnya yang berjaya dan juga kaya raya. Tak timbul lansung rasa rendah diri dulu dia guru dan kini anak muridnya jauh lebih hebat dan dia masih lagi seorang guru. Itu memang cukup hebat.
Kalau dalam keadaan biasa umpamanya seorang usahawan yang mendidik seseorang yang pada mulanya bekerja dengan syarikatnya. Kemudiannya anak didiknya itu berhenti dan memulakan perniagaannya sendiri lalu berjaya jauh lebih hebat daripada bekas bossnya, tentu ada juga timbul sekelumit irihati pada bekas anak didiknya dan ada perasaan macam rendah diri dan cuba menjauhi. Kalau kita ada terlintas rasa macam tu elok kita belajar daripada sikap guru dan ikutilah contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh para guru.
Pasti An-Nur, Puchong Intan yang merupakan Pasti terbaik di Selangor dan Malaysia baru-baru ini meraikan hari guru dengan membelanja para guru serta kakitangan pengurusan Pasti hidangan Western Food di sebuah restoran yang terletak di Putra Height. Segala hidangan semuanya western belaka seperti steak kambing, steak lembu, sausage, salad buah, sos cendawan, dan lain-lain. Sebagai menghilangkan rasa gusar mereka yang memang tak boleh hidup kalau tak jamah nasi, nasi ayam juga ada di sediakan bersama mee goreng. Makanan memang sungguh lazat dan kesemua dagingnya terutama sos...masyallah LAZAT!!!.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































