Pages

Tuesday, 31 July 2012

Panjat Cameron Highland

Koleksi gambar ketika di Cameron Highland. Kereta sebelah tu aku rakam ketika tuannya kelam kabut halang kereta aku untuk masuk beli nombor ekor. Mungkin kalau kesemua duit yang dibazirkan untuk beli nombor tu digunakan untuk tukar kereta adalah lebi bagus. Tapi aku yakin dia harapkan kena nombor yang ditikamnya untuk beli kereta baru.

Ini pemandangan ladang Tah Bharat yang semua orang akan pergi setiap kali ke Cameron Highland. Minum teh kat situpun mahal jugak!



Aku bawa keluarga sarapan di Tanah Rata. Kat situ suasana tak sesibuk di Brincang tempat aku tinggal. Ada gerai kat situ yang menyediakan makanan berbagai dan lazat-lazat dengan harga berpatutan. Aku harap selepas ini kalau aku pi sana kedai ini masih ada lagi.
Ini dia rupa Hotel Chua Gin yang aku sewa. Masa ckeck-out dia akan berikan sebungkus penuh sayur dari cameron Haighland. Pandai dia ambil hati pelanggan. Harga Hotelnya amat berpatutan. Aku cuma bayar RM150 untuk menginap di sebuah bilik yang lebih rupa macam suite siap dengan 2 katil kingsize, serta 2 set TV.


Sunday, 29 July 2012

1st time ke 'Ladang Teh BOH'

Aku dah banyak kali ke Cameron Highland. Dari masa bukit tu sejuk dulu sampailah bukit peranginan itu dah tak lagi sejuk sekarang aku dah beberapa kali ke sana. Tapi selama itu aku hanya pergi ke Ladang Teh Bharat saja. Tak pernah lagi ke Ladang Teh Boh.


Kali ini, sempena musim cuti sekolah yang lalu aku pergi panjat sekali lagi ke Cameron Highland. Aku tempah siap-siap sebuah apartment yang aku jumpa semasa google untuk mencari tempat penginapan. Banyak yang dah penuh, maklumlah cuti sekolah. Aku bernasib baik bila terjumpa  hotel cina yang masih ada kosong di Brincang.

Hotel tu terletak betul-betul di pusat paling sibuk di kawasan Cameron Highland tu. Kawasan Brincang yang dipenuhi peniaga cina dengan pasar malamnya yang ada setiap malam. Hotel aku tu terletak betul-betul di depan kawasan pasar malam membuatkan kerja cari parkir kosong satu kerja yang amat mencabar. Hotel tu tak mahu ambil perduli dengan masalah parkir, pandai-pandailah kalau nak hidup.

Tak ada apa yang nak diceritakan tentang Cameron Highland sebab dah ramai sangat orang Malaysia ni yang dah pernah sampai ke sana. kalau tak pernah sampai lagipun tak apa sebab tak ada apa-apa yang menarik melainkan bersepahnya ladang buah strawberry yang tak hebat manapun. Tapai kalau ada anak-anak terpaksalah bawa jugak sebab bagi mereka itu bukit peranginan yang terlalu hebat begitu juga buah strawberry, terlalu lazat bagi kanak-kanak, mungkin hanya sebab warna dia merah kot?.

Aku cuma nak cerita dan kongsikan gambar lawatan aku ke Ladang Teh Boh. Aku singgah waktu bergerak balik turun dari Brincang menuju ke Tapah. Kalau lalu ikut jalan tu peka dengan mata dan lihat singboard Ladang Teh BOH. Ikut saja dan anda akan sampai.

Tapi aku bagi warning siap-siap, kalau hangpa rasa ianya dekat, anda salah banyak. Aku ketika memandu masuk tu tergerak dua tiga kali nak patah balik sebab rasa dah terlalu lama selusuri jalan sempit bengkang bengkok masih tak sampai-sampai.

Aku cekalkan hati dan azam untuk sampai juga ke pejabat ladang walau apapun yang terjadi. Akhirnya aku sampai juga di mana aku terus matikan idea yang bermain di otak aku yang berfikir macam mana pulak nak balik nanti. Kalau aku layan soalan tu alamat aku tak ada mood untuk meninjau kawasan ladang tu.

Kebetulan aku sampai ada peluang meninjau masuk kilang proses serbuk teh bersama dengan seorang pekerja yang menerangkan prosesnya satu persatu. Aku ambil peluang tu dan sentiasa duduk betul-betul di depan wanita india yang membaut penerangan pada orang ramai yang kebanyakannya mat saleh. Bertambah lagi ilmu aku tentang kilang proses teh Boh hari itu.

Selepas keluar dari kilang aku ajak keluarga sarapan. Aku tengok ada sandwich dan yang paling istimewa sekali adanya teh Boh yang boleh di beli samada satu cawan, atau untuk sekeluarga. Aku order untuk satu keluarga bersama beberapa keping sandwich dan harganya kesemua adalah RM45 !, mak datuk ! apa punya teh mahal nak mampus.

Tapi apa nak buat dah sampai kena minum juga entah bila pula akau akan datang belum tahu lagi. Mungkin tak akan datang lagi. Yang menarik kat ladang tu adalah adanya sebuah puncak paling tinggi yang kita kena panjat untuk melihat panorama ladang sekeliling. Jangan lepas peluang panjat bukit tu dan awas dengan angin yang terlalu kuat.







Tuesday, 17 July 2012

Langkawi lagi 2nd trip

Sekali lagi aku pi Langkawi. Kali ini tak balik hari, aku bermalam di sana satu hari. Kami pergi seramai 4 orang pada hari Rabu pagi bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Perlis untuk naik feri menuju ke langkawi. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah kedai kopi di Kawasan Tun Mahathir. Nampak ketara betapa tak majunya kawasan tersebut, tapi aku suka suasana lama begitu, ada nilai kekampungan yang nyaman.

 Kenapa aku kerap pergi Langkawi semenjak dua menjak ni? Aku sebenarnya ada projek luar biasa di sana. Kalau kat darat orang minta tanah TOL untuk diusahakan. Kalau tak ada tanah kat darat nak buat macam mana pulak?. Aku bukannya minta tanah TOL kat darat di Langkawi, tapi aku minta kawasan laut untuk ditambak. Panjang prosessnya entah aku sempat tengok projek tu berjalan semasa aku hidup tak dapat dipastikan. Gambar kat bawah ni adalah kawasan yang aku minta untuk ditambak. Luasnya adalah 200 ekar! jenuh cari pasir untuk ditambak menjadi darat. Aku nak cari developper untuk bina pembangunan mewah 7 bintang kat sini!
Dalam projek tu aku terpaksa membina sungai buatan bagi laluan para nelayan yang mahu pergi dan balik ke laut. Aku dapat tahu para nelayan suka dengan cadangan tersebut kerana ini dapat menyelamatkan mereka daripada terdedah kepada bencana ribut, air pasang teruk lain-lain jika adanya tambakan pada kawasan itu.

Sebelum ini aku ada bercerita pada seorang kontraktor kelas A di KL tentang tanah yang aku minta untuk ditambak di Langkawi tu, tapi aku dengar syarahan daripadanya sepanjang lebih dari sejam tanpa henti bagaimana projek itu akan gagal dan sebab apa aku tak akan berjaya dengan projek tersebut. Aku dengar sambil menangis teresak-esak menyesal menjadi orang yang tak beruntung kerana memohon tanah itu. Namun aku paham ciri-ciri seorang kontraktor amat berbeza dengan developper.

 Kontraktor tu kerjanya nak buat untung cepat dengan membina apa yang orang suruh bina, jadi dia akan goreng kuat memberikan alasan kenapa developper perlu membayar mahal padanya, biasanya alasan yang diberikan adalah betapa susahnya projek yang mahu dibina. Jadi bila kontraktor kelas A tu bersikap begitu pada aku tidaklah menghairankan aku.

Sebaliknya seorang developper pula adalah seorang 'dreamer'. Dia melihat jauh apa yang orang lain tak lihat sejak sesebuah tempat itu hanyalah sekadar tanah kontang atau hutan banat lagi. Sebab itu untuk projek sebegitu aku perlu mencari dreamer, barulah dia tak akan berikan syarahan kenapa aku akan gagal sebaliknya dia akan berikan syarahan macam mana aku kena buat untuk menjayakan projek tersebut.

Sunday, 15 July 2012

Kembali ke pangkal jalan - Berangkat balik

Kawasan kami berkhemah sudah bersih. Geng motor masih ada yang tinggal belum bertolak balik ketika
kami meninggalkan hutan
Hari ahad adalah hari terakhir kami di hutan. Kami bangun awal pagi solat subuh dan terus kemaskan khemah. Kumpulan pemburu handalan perlu segera pulang kerana ada yang terpaksa report duty pada hari ahad itu, jadi mereka 5 orang bertolak keluar awal pagi meninggalkan kami yang tidak ada apa-apa untuk dikejar pada hari ahad itu. Pagi tu kami yang tinggal makan maggi goreng dan ratah telur dadar untuk apa saja bekal yang tinggal. Memang semua bekalan yang kami bawa ngam-ngam sampai hari ahad.

Saturday, 14 July 2012

Mengendap orang asli mandi !

Pagi hari akhir aku lari masuk hutan, aku bersama seorang rakan menyusur sungai untuk merakamkan kalau-kalau ada gambar pemandangan yang menarik. Aku tak berapa berani pergi jauh-jauh takt terserempak dengan pak belang.

Malam terakhir berada dalam hutan - Bunyi lalat kuat berdengung

Ini sambungan daripada catatan yang lalu, Lari masuk hutan

Makan malam gulai ikan kelah
Tengahari Sabtu, iaitu hari kedua kami berada di dalam hutan makanan tengahari simple saja. Sayur goreng kicap, telur dadar, ikan kering goreng masak asam ranggup dan sudah tentu seraga penuh ikan sungai goreng yang cukup ranggup. Macam biasa lepas makan kami bermalas-malasan melayan suasana damai kenyang perut dalam hutan.

Friday, 13 July 2012

Lari masuk hutan - Tapak Harimau di hari kedua

Aku ambil  gambar ni masa subuh dah nak habis. Istimewanya sungai ni adalah dasarnya semua batu
pejal dan bukan pasir lada, tapi jaga-jaga sebab terlalu licin!
Sambungan daripada Lari masuk hutan: Malam pertama

Makan dah selesai. Semua kenyang perut melepak di bawah khemah pusat sambil membalut rokok daun dan menghirup kopi panas. Dalam hutan begitu apa sangat hiburan yang ada melainkan bersembang, balut rokok daun dan minum kopi panas, itu dah kira cukup sempoi.

Thursday, 12 July 2012

Lari masuk hutan: Malam pertama

Tempat ni sering dilanda kepala air, sebab itu balak bersepah tenggelam dalam dasar sungai
Sambungan dari cerita Lari masuk hutan sebelum ini...

Kami sampai dalam lingkungan pukul 5 petang. Bagi kawasan berhutan, waktu sebegitu sudah lewat. Nasib baik kami selesaikan solat Asar ketika solat jumaat di masjid tadi yang kami buat sebaik saja beri salam kedua, kami bangun untuk menyambung jamak solat asar. Kalau ada yang nak tahu boleh ke?, jawapannya adalah harus. Jadi kelapangan itu kami gunakan dengan segera untuk membina perkemahan tempat beradu bila gelap nanti. Masing-masing dengan pantas cari kawasan dan bina khemah.

Tuesday, 10 July 2012

Lari masuk hutan - Dari Putrajaya ke Cenderawasih

Jumaat baru-baru ini aku dan beberapa orang kawan lagi buat keputusan untuk melarikan diri masuk dalam hutan. Bunyi ayat macam sewel saja, tapi itulah yang aku dan kawan-kawan buat. Kami sengaja lari masuk hutan untuk beberapa ketika bagi menghindari kesibukan yang tak pernah habis berada di dalam bandar. Kalau nak dilayan dengan kerja menampung kehidupan di bandar, memang tak akan ada titik penamat, ada saja kerja nak kena buat sampai tak ada masa untuk merehatkan minda.

Wednesday, 4 July 2012

Ronda ke Langkawi balik hari

Aku pergi ke Langkawi bersama dengan beberapa orang kawan bulan sudah atas urusan bizness. Urusan bizness tu lebih kepada angan-angan yang masih tak tahu kepala ekor, tapi memandangkan aku jenis orang yang terbuka fikiran yang bersedia untuk merebut apa-apa saja peluang asalkan kosnya tak seberapa dan masih sanggup aku tanggung, aku pergilah juga. Trip hari tu aku bawa bersama kawan yang cekap pasal selok belok hartanah. Aku bawa sekali seorang lawyer yang juga cekap berkenaan dengan urusan pembangunan hartanah. Selebihnya aku anggap macam makan angin sahaja sambil menenangkan fikiran kalau-kalau terpancul idea baru bagi mengukuhkan lagi ekonomi syarikat serta diri aku.

Kami bertolak dari KL petang dalam pukul 5 dan sampai ke tol Juru dah magrib, terus ke Pulau Pinang untuk makan bersama dengan kawan-kawan dari Gelugor dan juga Balik Pulau. Sasaran kami malm itu adalah ke Restoran Kapitan yang gambarnya aku dah pos sebelum ini. Kami belasah Chicken Melani dan juga Roti Nun. Sedapnya tak payah nak cerita. memang benar-benar menambahkan lemak apalagi di tambah dengan minuman susu kambing dicampur Badam, ceritapun tak guna. Kawan aku belanja semua sebab dah lama tak jumpa dengan dia dan memang dia ada janji nak belanjapun. Kawan aku tu memang jenis suka belanja orang sebab tu rezkinya murah, tak janjipun dia juga yang sering belanja. Aku harap dia mendapat kebaikan yang setara daripada akhlak terpujinya itu.

Keesokannya aku bertolak terus ke Kuala Perlis bersama dengan kawan yang belanja makan malam tadi. Kawan lawyer tu pergi naik Kapal Terbang terus dari KL ke Langkawi. Dalam perjalanan kami singgah di Alor Setar jumpa dengan seorang kawan atau lebih betul dipanggil abang yang aku berikan kereta Volvo aku padanya. Dia update status perniagaannya pada aku. Terbeliak jugak mata aku dengar cerita dia sedang usahakan perniagaan proses ubikayu bernilai RM2 Billion. Itu projek kaya seumur hidup tu!. Dengar cerita ada kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Apapun aku harap dia berjaya. Lepas jumpa dia kami terus ke Kuala Perlis dan naik feri pukul 4 petang. Sampai sana jumpaa dengan orang yang aku nak jumpa dan bincang sekejap dan kami terpaksa bergegas balik naik feri pukul 7 petang sebab itu feri yang terakhir. Macam tak percaya pulak kami bersusah payah turun dari KL dan pergi Langkawi sekadar tak sampai 3 jam. Itulah cabarannya. Lekas pantas bergegas dan lega...habis duit...hahaha.