Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 19, 2013

Anak makan susu ibu atau susu lembu?

  Mohd Shubhi       Friday, July 19, 2013

Ada ibu yang memegang mitos atau kepercayaan karut tentang penyusuan ibu sehingga anak yang dilahirkan diberikan susu lembu. Berikut beberapa mitosnya:

  1. Rasa sakit ketika menyusukanbayi - Ada wanita yang rasa sakit pada bahagian rahim semasa mula menyusukan bayi. Ini disebabkan oleh rahim yang mengecut dan ia akan hilan selepas satu atau dua hari. Ada juga yang mengadu sakit pada bahagian payudara. Ini hanya disebabkan oleh silap posisi menyusu.
  2. Penyusuan susu ibu menyusahkan - Ini andaian karut. Ia amat memudahkan. Anda tak perlu fikirkan habis bekalan kena keluar ke kedai. Anda juga tak perlu bangun ke dapur untuk bancuh susu. Oleh itu dapatkan latihan dan ambil sedikit masa untuk belajar, segalanya menjadi mudah.
  3. Lahirkan anak secara pembedahan tak boleh menyusu - Salah ! anda masih boleh menyusu tetapi memerlukan sedikit bantuan kerana ia perlu dilakukan secara terlentang. (Kecuali jika ada komplikasi perubatan).
  4. Tidak semua boleh ibu boleh hasilkan susu yang cukup utk bayi - Hanya segelintir kecil sangat yang begitu. Salahnya bila ada yang sangka payudara kecil tak ada susu sedangkan ia tak ada kaitan. Anak kerap menyusu kerana mereka nak membesar dan bukannya kerana tak ada susu.
  5. Payu dara akan kendur bila menyusu - Ini juga salah. Bentuk payu dara boleh dikekalkan dengan memakai coli yang sesuai dan baik ketika hamil dan menyusukan bayi.
Banyak mana bayi perlukan susu ketika dilahirkan yang membuatykan anda risau samada susu di badan cukup atau tidak?

Soalan itu juga baru terfikirkan oleh saya. Setelah membaca penjelasan pakar nutrisi dari persatuan nutrisi Malaysia, Fatimah Salim, barulah saya tahu bahawa:
  • Saiz perut bayi ketika umur satu hari hanyalah sebesar biji guli (5 hingga 7 mililiter). Ia tidak meregang untuk menampung lebih banyak susu. Sebab itu jika anda sumbat dengan susu lembu yang banyak mereka akan termuak
  • Ketika berumur 3 hari, saiznya membesar sedikit kepada 20 hingga 30 ml atau sebesar saiz guli besar. Ketika ini penyusuan kerap akan mengenyangkan bayi.
  • Pada umut 7 hari, saiz perut bayi meningkat lagi kepada saiz antara 45 hingga 60 ml. Saiznya adalah sebesar bola ping-pong. Penyusuan kerap juga diperlukan ketika ini.
  • Bayi memerlukan kekerapan penyusuan sehingga ke tahap 12 kali sehari. Namun begitu itu bukanlah tanda ibu kekurangan susu di badan, ia perkara biasa.
Sekian serba sedikit ringkasan daripada artikel tulisan Ruwaida Md Zain yang tersiar di akhbar Sinar selasa 16/7/2013 di ruang Citra.

Moga para ibu yang banyak beri alasan untuk gantikan tugasnya menyusu kepada lembu berubah dan mula menyusukan anaknya sendiri.
    logoblog

    Terima Kasih kerana membaca, Anak makan susu ibu atau susu lembu?

    Previous
    « Prev Post

    No comments:

    Post a Comment

    Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !