Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 12, 2013

Jangan jalan-jalan cari makan sebelum semak Saji.my

  Mohd Shubhi       Thursday, September 12, 2013
Sebelum ini, saya temakan blog wartashubhi ini sebagai 'jalan, makan & gambar'. Kononnya nak beralih arah daripada penulisan blog isu semasa dan politik kepada blog santai jalan-jalan dan makan-makan.

Namun apabila external storage yang dibeli retak seribu dah kesemua simpanan dan rakaman gambar dari kamera D7000 di dalamnya tidak dapat dikeluarkan semula, maka blog ini terus kehilangan sumber bergambar yang merakamkan perjalanan dan makan-makan.

Mahu tak mahu terpaksa beralih arah dengan membuat blog penulisan santai berkenaan isu semasa dan kemasyarakatan seperti dulu. Nak tinggalkan terus penulsian di blog ini rasa sayang pulak.


Kemudiannya, saya ada mendapat maklumat dari kawan (yang memang sering baca wartashubhi untuk tengok tempat atau lokasi makan baru yang saya sampai) yang memberitahu bahawa dia sekarang sering semak saji.my setiap kali nak keluar bawa keluarga berjalan.

Kawan saya juga kata, bila dia nak kena pergi ke mana-mana buat tugasan kerja, dia akan semak dulu saji.my untuk dapatkan maklumat tentang kedai makan yang disyorkan di saji.my

Pendek kata, saji.my dan jadi pusat rujukan setempat berkenaan aktiviti bela badan dan menghimpun lemak pada badan kawan saya ini sekarang.

Apa lagi!, saya juga masuk ke dalam saji.my dan selak satu persatu apa yang dipaparkan di dalamnya. Perghhh! memang best!, nampaknya saya tak perlu lagi teruskan buat wartashubhi menjadi blog makan jalan dan gambar sebab dah ada saji.my

Tambahan pulak, saji.my menawarkan pada mereka yang berminat untuk menjadi reviewer dalam blog mereka. Anda boleh masuk terus ke wp-admin untuk buat posting dan paparkan profile anda pada setiap review yang telah dibuat.

"Pelajari teknik bagaimana membuka sebuah restoran dalam masa 8 minggu!"

Ini satu perkongsian hebat dan terbuka pada semua orang dan nampaknya dalam masa tak lama lagi akan penuhlah maklumat berkenaan kedai makan yang disumbangkan oleh mereka yang ada lidah dan mahu lebihkan lemak pada perut.

Teknik buat coklat
Kamera akan bergerak semula dan terpaksa beli external storage baru yang tahan jatuh untuk buat rakaman baru dan simpanan baru. Serangan akan dilakukan pada kedai-kedai makan kegemaran di sekeliling Malaysia yang sempat disinggah.

Falsafah saya senang sahaja, kalau kedai tu mengarut tak sedap dan servis macam mangkuk, tak perlulah diisiarkan artikel atau reviewnya. Terlebih lagi tak perlu belasah restoran tu dengan benda tak baik. Keburukan saudara anda jangan dibuka sehingga mengaibkan dirinya...kalau nak perbetul jugak elok pergi direct to owner and complaint!

Oklah, sekarang pembaca dah tahu ada saji.my, pastikan anda semak dulu maklumat restoran dan tempat makan hebat di lokasi yang anda akan pergi sebelum memulakan perjalanan. Kalau ada smart phone, lagi mudah....maklumat dihujung jari, tekan cuiiiit sikit terus keluar saji!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan jalan-jalan cari makan sebelum semak Saji.my

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !