Monday, March 19, 2012

'Anda memilih kawan yang sama citarasa' atau 'anda ikut citarasa kawan yang anda pilih' : Mana satu?


  • Samada kita perasan atau tidak majoriti daripada kawan-kawan kita yang rapat mempunyai citarasa atau ciri-ciri yang lebih kurang sama. Itu sebabnya kita selesa bersama dengan mereka.
  • Sebagai contoh kalau kita kaki berniaga, kita akan dikelilingi kawan dari kalangan peniaga. Kalau kita kaki perempuan, kita akan dikelilingi kawan dari kalangan kaki perempuan. Kalau kita fanatik Pas kita akan dikelilingi kawan dari kalangan peminat Pas dan seumpamanya.
  • Persoalannya kenapakah jadi begitu? adakah kita biasanya akan mencari kawan sejenis dengan kita saja atau kita cenderung meniru kecenderungan kawan kita?
  • Kajian yang telah dijalankan menunjukkan kita sebenarnya bermula dengan mencari kawan-kawan yang lebih kurang sama dengan diri kita dan biasanya akan menjauhi mereka yang ciri-cirinya tak berapa sama.
  • Kajian nya ada terlulis di buku ini.

Sunday, March 18, 2012

Adakah orang bijak biasanya hodoh?


Ahli falsafah Perancis, Jean-Paul Sartre, 1957
  • Ayat biasa yang kita dengar adalah 'orang bijak biasanya mempunyai rupa yang hodoh dan tidak menarik'. Saya biasa mempunyai persepsi sebegini sejak zaman remaja dulu lagi dan tidak pernah memikirkan samada ia benar atau tidak.
  • Ayat tersebut membawa kepada persoalan samada adakah kebijaksanaan mempunyai hubungkait yang rapat dengan rupa paras. Bolehkah kita meneka kebijaksanaan seseorang itu dengan melihat rupa parasnya sahaja.

Saturday, March 17, 2012

Arab Saudi dan Qatar orang suruhan Israel - Ulama Mesir


  • Seorang ulama Mesir, Sheikh Mohammad Alaedin Madhi menuduh Arab Saudi dan Qatar sebagai budah suruhan Yahudi Zionist Israel. Laporan Press TV
  • Kedua-dua negara tersebut giat mengacau hal ehwal negara Islam lain atas matlamat merealisasikan agenda Israel-Amerika sedangkan tiada demokrasi di kedua-dua negara tersebut.
  • Arab Saudi dan Qatar membeli senjata setiap tahun dari Amerika dan menggunakan senjata tersebut ke atas kaum minoriti Syiah di Yemen. Kenapa mereka tidak gunakannya untuk menentang Israel, kerana mereka adalah budah suruhan Israel.

Adakah bunyi bising buat kita lebih kreatif?


  • Ada 3 jenis bunyi:
    • Bising nak mampus
    • Bising sederhana
    • Senyap sunyi
  • Kajian menunjukkan mereka yang buat kerja di dalam keadaan bising yang sederhana adalah lebih kreatif.
  • Bunnyi bising sederhana adalah dalam ukuran 70 decibel. Ia bersamaan dengan bunyi deruan kereta yang kita dengar dari jarak 10 meter. Ia juga bersamaan dengan bunyi perbualan pengunjung di dalam sebuah restoran santai.
  • Nampaknya mereka yang sering buat kerja seperti mencari idea atau menulis atau merangka strategi kehidupan sambil minum kopi o di sebuah restoran bersantai memang berbaloi dan ada rahsianya.
  • Dalam keadaan bunyi bising yang sederhana, otak kita mengalami masalah untuk memproses dan ini membuatkan otak kita mengaktifkan kesedaran kreativiti kita.
  • Baca laporan kajian yang dibuat tentang pengaruh bunyi ke atas kreativiti kita di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...